Kenapa nih ?


Salam semua . aduhai , lamanya tak update blog kan . bhehe ! almaklum lha , banyak keje sangad . tak sempat rasanya nak post entry . biasa lha , bila kerja dah menggunung , terpaksa lha siapkan jugakk kan . betul tak ?

So , boleh kita mulakan sekarang tak ? Emm , korang nampak tak tulisan dalam gambar tuh ? HAHA ! Ok, hari nih nana nak cakap soal KEBAHAGIAAN . Adoyaii . nana pun tak tahu kenapa sejak semenjak dua nih perkataan tuh aje yang selalu bermain dekad fikiran nana . nana pun hairan kenapa . tapi bila difikirkan , disebalik perkataan KEBAHAGIAAN tuh buatkan nana lebih jadi tak faham . nak tahu tak kenapa ? kerana disebalik perkataan tuh , wujudnya perkataan PENDERITAAN . nana tak tahu lha , mungkin ada antara korang semua yang tak berapa setuju dengan nana . tapi cuba korang semua pikir balik . berapa ramai yang menderita atas kebahagiaan korang ? bagi korang , hubungan korang hanya korang jerr yang mengerti . hakikat sebenar korang tak pernah selami hati dan perasaan orang lain . memang tak dinafikan , korang bahagia atas tiket korang sendiri , atas usaha korang sendiri tapi cuba korang fikirkan orang lain yang berada di sekeliling korang ? dapat ke korang lihat perasaan mereka ?

Nana minta maap kalau apa yang nana cakap nih mungkin menyinggung perasaan korang semua . nana coretkan semua nih berdasarkan jalan kehidupan nana sendiri . nana takde niat langsung pun nak guriskan hati sesiapa . cuma nana nak minta korang semua lebih memahami perasaan orang-orang dekat sekeliling korang walau sedikit .

P/S : Bahagia itu lebih indah kiranya hubungan itu berlandaskan cinta yang sebenar yang diredhai oleh ALLAH SWT


Gara-gara kamu ..

salam semua .. da lama rasanya tak mengupdate teman nana nih kan ? rindunya rasa .. tapi dalam masa yang sama nana nih malas jugakk nak mengupdate . sbb nana nih bukan jenis yang suka karang ayat . susunan ayat pun tunggang langgang ( tapi BM excellent taw ) . so , boleh kita mulakan tak ? 

okayy lha kawan-kawan , hari nih nana nak share pasal buah durian . almaklum lha , tinggal di kampung . tambahan sekarang kan musim buah durian gugur . ahaaa , nak tahu tak kenapa dengan buah durian nih ? nak dijadikan cerita lha kan , durian dekad depan rumah nana nih gugur . then terkedek-kedek adik nana yang 5 tahun tuh kumpulkan selonggok . baliknya ayah nana dari keje , dea terus letakkan dekad atas tangga  . kononnya nak senangkan nana nih bawakk buah-buah tuh ke atas . emm , letakkan aje lha ayah dekad situ.

tengah nana nak turun ke bawah untuk jemur kaen , terlupa pulakk yang si durian tuh dekad tangga . apa lagi , terpijak lha . luka kaki siked . ayah nana yang terkejud terus berlari ke arah nana . yang tak tahannya , bole lagi dea tengok sambil gelak . bukan nak tolong . siapnya bole tanya ,'saked ke kakak?ayah ingatkan tadi buah durian mana yang luruh , rupanya buah durian kacukan manusia yang paling besar' .. Eeeeee , geramnya ! rasa macam nak baling aje buah durian tuh dekad ayah . saba aje lha . :(

P/S : kepada perempuan di luar sana , jadilah seperti durian . keras di luar tetapi isinya manis yang bermaksud bertegas lah kepada lelaki yang bukan muhrim . berikanlah kemanisan dirimu itu hanya untuk suami yang halal bagi dirimu.

24 Julai 2013



hyep kawan-kawan . hari nih nana nak share pasal PRK di Kuala Besut . semestinya korang semua tahu kan  yang Yang Berhormat DUN Kuala Besut nih da meninggal kan ? bhehe ! harapnya korang semua jangan salah anggap . tujuan nana post entry nih bukan nak promote parti nih taw . saje-saje jerr . harapnya nana tak ganggu sensitiviti mane-mane pihak . nana sendiri pun tak sanggup nak pergi . padahal rakan-rakan yang seangkatan semua da ada di Besut sekarang utk melakukan persiapan . kalau ada yang terasa tuh maap ea . pesanan nana hanya satu kepada pengundi DUN Kuala Besut , pilihlah calon yang mampu menolong anda . pilihlah calon yang berhati waja . semoga kejayaan menjadi milik seoran pemimpin yang berwibawa .



Esok 24 julai 2013 bersamaan 15 ramadhan 1434H merupakan tarikh pembuangan undi bg PRK N.01 KUALA BESUT..pesanan dari Warga APMT kpd kesemua pengundi-pengundi adalah diharap agar dpt keluar mengundi seawal yg munkin bg mengelakan sebarang kesulitan dan selamat mengundi..tentukan pilihan anda.

*Keamanan *Kestabilan *Kesejahteraan

A