Salah ke ?


salam semua ... ary nih nana nak update pasal kesedihan nana . nana betul-betul buntu . nana dah tak tahu nak share dengan sape lagi masalah nana . Encik Tunang buad hal . lately hubungan kami tak berapa okayy . nana ingatkan bila dah lama hubungan kami , dia akan paham nana , tapi semua tuh tak berguna . dea tetap saje tak pernah paham . kalau boleh dia tak nak nana ada satu pun kawan lelaki . kalau bole , dia nak hanya dia satu-satunya kawan lelaki yang nana ada . Mustahil ! nana tersekat antara jaga perasaan dia atau pun kawan-kawan nana . memang nana tak nafikan yang dalam setiap hubungan pasti ada perasaan cemburu tapi kalau sikap cemburu tuh keterlaluan , sape-sape pun takkan tahan . mungkin nana boleh lagi terima andainya kawan-kawan nana mengelak dari nana . katanya nana lebih pentingkan seorang lelaki daripada kawan-kawan yang pernah beri bantuan dalam hidup nana . nana tak pernah halang setiap apa yang dia lakukan kerana nana tahu dan percaya akan hubungan kami . nana juga tak nak dia rasa tersekat . tapi dia , dia anggap nana mcm tak ada perasaan . tak pernah cuba nak paham perasaan nana . TAK PERNAH !! walau sedikit pun . dia sentiasa nak menangkan diri . akhirnya nana mengalah .. bertahun nana cuba ikut rentak dia , tapi dia . TAK PERNAH !! dan sememangnya takkan pernah . awak , saya tak minta laen , cuma percayakan saya .. tuh jerr yang saya minta . dari awal perkenalan kita sampai lah sekarang . cuma itu yang saya minta . tolong lah .. TOLONG ! demi hubungan kita . 

P/S : kawan-kawan sememangnya penting dalam kehidupan . setiap apa yang kita lakukan , kita pasti perlukan kawan . jangan kerana seorang lelaki , kita terus lupakan kawan . mereka tak semestinya kekal akan menjadi hak kita . tapi kalau kawan , sekali kita berkawan , selamanya akan tetap jadi kawan . sampai BILA-BILA .

No comments:


A